Monday 13 October 2014

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN
 Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain songket diRaja yang antik.
   Pada zaman dahulu penduduk pribumi memakai pakaian
 yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan batik melayu oleh orang kenamaan dan kerabat diRaja.Dengan ketibaan pedagang asing pakaian serta kain seperti sutera cina,pelikat dan jubah arab diperkenalkan di negara ini.
Kini pakaian tradisional seperti kebaya Melayu,sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas di Malaysia.
   Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan.Oleh itu,budaya memakai pakaian tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

PAKAIAN TRADISIONAL BABA NYONYA

PAKAIAN TRADISIONAL BABA NYONYA

Hingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya merupakan satu simbol identiti bagimasyarakat Baba. Pakaian ini dapat membezakan kaum Baba dari Cina dan Baba yang lumrahnya memang tidak memakai sarung dan kebaya.
Namun sejak kebelakangan ini, Cina bukan Baba telah dapat menyesuaikan diri dengan memakai sarung.
Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaian masyarakat Baba dengan masyarkat Crongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya yang diwarisi masyarakat Melayuina di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba memerlukan 3 pasang ke tidak mempunyai butang.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

 WANITA
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan BedongBidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.



LELAKI
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Siratdipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Sari 

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. 







 Kurta
Pakaian tradisional bagi lelaki kaum india.Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama .dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi.Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti.dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

 Samfu 

Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Cheongsam

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

Wednesday 8 October 2014

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Baju Kurung

Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian. 





Baju Melayu Lelaki

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakaian Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila digandingkan bersama samping atau songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, baju ini dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.